~ Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA..
Agar kita tahu ada hikmah di sebalik seksaan air mata..
~ Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH..
Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah..
~ Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH..
Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah..
~ Belajarlah MENGHARGAI sekeping hati..
Kerana hati yang apabila DILUKAI, akan menjerit SAKIT..
Biarpun lukanya TIDAK BERDARAH, namun PARUTNYA pasti KEKAL parah..
~ Namun, BERSYUKURLAH andai memiliki hati yang sering dilukai,
Kerana melaluinya kita BELAJAR menjadi seorang yang lebih TABAH,
Lalu lebih MEMAHAMI, lagi MENGERTI & tahu MENGHARGAI