Rakan2 Kelas...

Rakan2 Kelas...

Kita Hepy sllu

Kita Hepy sllu

Saturday 10 September 2011

PATUHI NASIHAT NI

Perbuatan menderhaka pada ibu bapa juga adalah penyakit berjangkit
yang boleh merebak kepada anak,, mereka yang menderhaka kepada
ibu bapa berkemungkinan akan mengalami nasib serupa apabila anak
mereka sendiri menderhaka kelak,,..

~Didalam al-quran s.w.t dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab
anak terhadap kedua ibu bapa,, dimana allah s.w.t menyuruh agar anak-anak
sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada
keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan mengunakan
bahasa yang lembut~,,..

 Allah berfirman yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: Ayat 12).

 Perkahwinan adalah lumrah hidup setiap manusia yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Allah telah menjadikan makhluknya untuk hidup berpasangan-pasangan seperti firman Allah yang bermaksud, “Tiap-tiap sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan (jantan betina), mudah-mudahan kamu menerima peringatan.” (Surah Az-Zariyaat: Ayat 49).

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawap dan terbangunnya komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga.Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarnya.Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita,begitulah pula mereka akan bersikap kepada kita.Maka bersikap baiklah terhadap mereka...;)

Rasullullah S.A.W bersabda
" apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya maka Allah memandang mereka dengan kasih sayang.Lalu apabila suami memegang tapak tangan isterinya,maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari -jemari mereka"...;)

 Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami...