Rakan2 Kelas...

Rakan2 Kelas...

Kita Hepy sllu

Kita Hepy sllu

Wednesday 27 July 2011

BUAH ENGKILILI

Buah Engkilili Yang Pahit

Sejarah kewujudan Pekan Engkilili diambil dari pokok Engkilili yang tumbuh meliar di sekitar tebing Sungai Batang Ai. Pada masa dahulu, kampung ini terletak jauh dari bandar atau pekan. Penduduk kampung menggunakan sungai sebagai laluan untuk ke pasar bagi membeli barangan keperluan harian. Mereka berulang-alik ke sana dan setiap hari melihat pokok yang sama sehinggalah menamakan kawasan ini bersempena nama pokok tersebut. Paling menarik, pokok ini hanya tumbuh meliar di kawasan Lubuk Antu dan tidak tumbuh di lain-lain kawasan di sekitar Sarawak.
Pokok Engkilili boleh tumbuh di daratan atau di dalam sungai. Menyedari kepentingan sejarah kewujudan kampung dari pokok Engkilili, Majlis Daerah Lubuk Antu dan Pejabat Daerah Kecil Engkilili turut menanamnya di pintu utama sebagai mercu tanda kampung tersebut. Pokok Engkilili mempunyai ketinggian antara 20 hingga 30 meter. Panjang daunnya kira-kira 30 sentimeter dan mempunyai lebar antara lima hingga tujuh sentimeter yang berwarna hijau kekuningan. Pokok ini mempunyai buah berbentuk bulat yang berlilitan tiga hingga lima sentimeter dan berwarna merah. Buah berkenaan seakan-akan anggur yang mempunyai kira-kira 30 biji untuk setiap gugus dan berasa pahit sekiranya dimakan.

SAJA-SAJA SUKA

KEBAHAGIAAN bukan diukur sejauh mana tempoh sesuatu PERHUBUNGAN. Ianya berlandaskan PERSEFAHAMAN, KEIKHLASAN, KEJUJURAN, KESETIAAN, MENERIMA KEKURANGAN, BERTOLAK ANSUR, SUSAH SENANG BERSAMA walaupun dalam PERTEMUAN YANG SINGKAT.