Rakan2 Kelas...

Rakan2 Kelas...

Kita Hepy sllu

Kita Hepy sllu

Thursday, 5 June 2014

KASIH SAYANG



...Sabar itu Indah..Dan SesungguhNya Sabar itu Separuh Dari IMAN....ʕ•̬͡•ʔ

Saturday, 21 September 2013

RENUNGAN HATI


Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah lagi dari itu ialah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi mensia – siakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Wednesday, 7 March 2012

~  Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA..
Agar kita tahu ada hikmah di sebalik seksaan air mata..

~  Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH..
Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah..

~  Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH..
Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah..

~  Belajarlah MENGHARGAI sekeping hati..
Kerana hati yang apabila DILUKAI, akan menjerit SAKIT..
Biarpun lukanya TIDAK BERDARAH, namun PARUTNYA pasti KEKAL parah..

~  Namun, BERSYUKURLAH andai memiliki hati yang sering dilukai, 
Kerana melaluinya kita BELAJAR menjadi seorang yang lebih TABAH, 
Lalu lebih MEMAHAMI, lagi MENGERTI & tahu MENGHARGAI




Wednesday, 5 October 2011

DOA SELEPAS SOLAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.(sumberdoa harian)

Tujuh Hal Penting

Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat,
ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terungkap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Saturday, 10 September 2011

PATUHI NASIHAT NI

Perbuatan menderhaka pada ibu bapa juga adalah penyakit berjangkit
yang boleh merebak kepada anak,, mereka yang menderhaka kepada
ibu bapa berkemungkinan akan mengalami nasib serupa apabila anak
mereka sendiri menderhaka kelak,,..

~Didalam al-quran s.w.t dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab
anak terhadap kedua ibu bapa,, dimana allah s.w.t menyuruh agar anak-anak
sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada
keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan mengunakan
bahasa yang lembut~,,..

 Allah berfirman yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: Ayat 12).

 Perkahwinan adalah lumrah hidup setiap manusia yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Allah telah menjadikan makhluknya untuk hidup berpasangan-pasangan seperti firman Allah yang bermaksud, “Tiap-tiap sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan (jantan betina), mudah-mudahan kamu menerima peringatan.” (Surah Az-Zariyaat: Ayat 49).

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawap dan terbangunnya komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga.Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarnya.Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita,begitulah pula mereka akan bersikap kepada kita.Maka bersikap baiklah terhadap mereka...;)

Rasullullah S.A.W bersabda
" apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya maka Allah memandang mereka dengan kasih sayang.Lalu apabila suami memegang tapak tangan isterinya,maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari -jemari mereka"...;)

 Islam melarang memutuskan tali silaturrahim apalagi dengan ibu bapa. Kalau seorang anak perempuan memutuskan perhubungan dengan ibu bapanya, suaminya yang akan menanggung dosa sekiranya dilakukan dengan perintah suami...

Wednesday, 27 July 2011

BUAH ENGKILILI

Buah Engkilili Yang Pahit

Sejarah kewujudan Pekan Engkilili diambil dari pokok Engkilili yang tumbuh meliar di sekitar tebing Sungai Batang Ai. Pada masa dahulu, kampung ini terletak jauh dari bandar atau pekan. Penduduk kampung menggunakan sungai sebagai laluan untuk ke pasar bagi membeli barangan keperluan harian. Mereka berulang-alik ke sana dan setiap hari melihat pokok yang sama sehinggalah menamakan kawasan ini bersempena nama pokok tersebut. Paling menarik, pokok ini hanya tumbuh meliar di kawasan Lubuk Antu dan tidak tumbuh di lain-lain kawasan di sekitar Sarawak.
Pokok Engkilili boleh tumbuh di daratan atau di dalam sungai. Menyedari kepentingan sejarah kewujudan kampung dari pokok Engkilili, Majlis Daerah Lubuk Antu dan Pejabat Daerah Kecil Engkilili turut menanamnya di pintu utama sebagai mercu tanda kampung tersebut. Pokok Engkilili mempunyai ketinggian antara 20 hingga 30 meter. Panjang daunnya kira-kira 30 sentimeter dan mempunyai lebar antara lima hingga tujuh sentimeter yang berwarna hijau kekuningan. Pokok ini mempunyai buah berbentuk bulat yang berlilitan tiga hingga lima sentimeter dan berwarna merah. Buah berkenaan seakan-akan anggur yang mempunyai kira-kira 30 biji untuk setiap gugus dan berasa pahit sekiranya dimakan.